Make your own free website on Tripod.com

Antologi:Sehijau Warna Daun

Genre:Puisi Tradisional

Tajuk:Syair Badrul Zaman

Nama:Nor Syazwani Ahmad

 

 

            Petikan

            Beberapa lama demikiannya ada,     

Diserah belajar oleh baginda,

Akan Badar putera yang muda,

Kepada seorang qari yang shuhada.

 

Maka baginda badar yang mulia,

Segera belajar dengan upaya,

Amatlah terang hatinya dia,

Belajar pelajaran sehabis daya.

 

Badar menuntut setiap hari,

Ilmu pelajaran pelbagai peri,

Sebarang diajar boleh qari,

Lekas didapati muda jauhari.

 

Kerana hatinya terlalu terang,

Pelajaran dihafaz itu sekarang,

Amatlah bijak muda yang garang,

Belajar ilmu banyak tak kurang.

 

Beberapa lamanya belajar itu,

Khatamlah pelajaran satu persatu,

Sukalah baginda bukan suatu,

Dijamulah qari makanan yang tentu.

 

Qari dikurniai banyaklah harta,

Hati didalam amat sukacita,

Melihatkan muridnya khatamlah nyata,

Beberapa ilmu hikmat pun serta.

 

Qari dijamu segala makanan,

Serta juga diberi persalinan,

Kain baju mana berkenan,

Ada sedia bersusun bertimbunan.

 

Qari berasa amatlah suka,

Menerima kurnia sultan paduka,

Kembali bermohon dengan seketika,

Membawa kurnia pelbagai neka.

 

 

 

Amatlah ria dihati qari,

Pulang ke rumah bagaikan lari,

Membawa kurnia bermacam peri,

Ditunjukkan kepada anak dan isteri.

 

                                                                                                                                 Adapun badar putera yang pokta,

Maka bertambah menjelis mata,

Sebagai lenyap dipandang mata,

Amatlah kasih duli mahkota.

 

Beberapa lamanya demikian citra,

Besarlah badar mula perwira,

Empat belas tahun umurnya kira,

Amat sempurna budi bicara.

 

1.      Putera Badar dihantar berguru kepada…..

a.       seorang pendekar

b.      seorang pendeta

c.       seorang qari

d.      seorang tabib

           

2.      Kata manakah antara berikut membawa maksud cantik.

a.   menjelis

b.      neka

c.       pokta

d.      peri

 

3.      Apakah maksud frasa amat sempurna budi bicara?

a.       terlalu pandai mengambil hati orang

b.      orang yang suka-suka berkata-kata

c.       orang yang banyak menabur bakti

d.      terlalu baik tingkah laku dan pertuturan

 

4.      Keadaan Putera Badar yang terang hati menyebabkan berlakunya perkara

Berikut,kecuali……

a.       baginda cepat bmmeneriima pelajajaran yang diajar

b.      baginda cepat khatam ketika belajar

c.       baginda dapat menuntuk pelbagai ilmu

d.      baginda menganti tempat qari

           

 

 

 

               Jawapan: B,A,C,D,D