Make your own free website on Tripod.com
 

Kandungan Laman    http://satudedsmkadg.tripod.com/ 

 
  Perasmian Laman Web Satu Dedikasi oleh Pengetua SMK(A)DG  

Sekapur Sirih Ketua Kelas  Seulas Pinang Guru Bahasa Melayu  AHLI  KELAS  SATU DEDIKASI 

 

 

Puisi Tradisional  - Sajak - Cerpen - Drama - Prosa Tradisional Glosari - TatabahasaB.Melayu

  Semakan Online Portal Pendidikan Bank Soalan Laman Pelbagai  

Ucapan Perasmian Laman Satu Dedikasi  15 Sept 2005

    

Pn. Hjh. Zakiah binti Salleh - Pengetua SMK(A) Durian Guling

Alhamdulillah  bersyukur  saya  ke hadrat  Illahi kerana  diberi  kesempatan  kepada  saya  untuk memberi  sepatah dua kata  dalam Laman Web  Satu Dedikasi  SMK(A) Durian  Guling   tahun  2005.  Membuat laman web bukanlah perkara yang mudah. Laman ini merupakan laman  yang berbentuk akademik  yang pertama di sekolah ini. Saya difahamkan bahawa kandungan laman ini  adalah kandungan  KOMSAS  Tingkatan Satu  iaitu  Antologi  Sehijau  Warna Daun 
 

            Saya  mengucapkan  Syabas  dan Tahniah  kepada  Ketua Kelas dan ahli-ahli kelas ini kerana  mengambil  inisiatif untuk membina  laman  berbentuk pendidikan ini. Laman ini menyentuh beberapa genre sastera yang dipelajari oleh pelajar tingkatan satu . Saya  tahu disebalik  usaha-usaha murni ini tentu ada tenaga kuat di belakang mereka ini. Saya juga mengucapkan  ribuan terima kasih kepada Guru Kelas Satu  Dedikasi  iaitu 
Pn. Kartiha Asmida binti Abdul Hakim ,Penasihat laman ini Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman yang juga  Guru Bahasa Melayu kelas ini yang  telah bersusah payah membantu ahli- ahli kelas ini menyiapkan laman seumpama ini. 

            Dengan  munculnya  satu laman  yang  berinformasi  ini. dapat  membuka  dimensi  baru  dalam  dunia IT  di  SMK(A) Durian  Guling.  Laman  ini  amat  berguna  kepada  semua pelajar  khasnya pelajar-pelajar  SMR  kerana  laman ini  menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan komponen sastera yang wajib dipelajari oleh pelajar. Disamping memuatkan soalan-soalan daripada pelbagai genre sastera  laman ini juga memuatkan nota yang berguna yang diambil daripada berbaga-bagai buku rujukan. Selain itu laman ini juga menjadi  laman ulangkaji Bahasa Melayu kerana  terdapat soalan-soalan beserta dengan jawapannya sekali  sebagai panduan kepada pelajar-pelajar.

            Saya berharap laman ini menjadi model atau contoh kepada  pelajar-pelajar lain supaya  mereka berusaha membangunkan  laman mata pelajaran yang lain pula selaras dengan peredaran dunia yang tanpa sempadan ini. Keupayaan pelajar membina laman amat mengagumi saya dan usaha ini perlu diteruskan  selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan generasi  yang maju dan mahir IT 
" Islam Hadhari Terengganu  Bestari "

        
Akhir kata  saya  mengucapkan   Syabas  dan  Tahniah   sekali lagi kepada  Jawatankuasa  Kelas Satu Dedikasi , Guru Kelas, Guru Bahasa Melayu dan Guru Penasihat laman kerana telah berjaya menyiapkan laman yang seumpama ini.  Sesungguhnya  kerjasama. komitmen  yang  tinggi  dan  semangat  berpasukan  sebenarnya  merupakan  nadi kecemerlangan kelas ini  bersesuaian  dengan  slogan  ' MURID  MEMBUAT GURU MEMBIMBING  " SMK(A) DG JUARA " Saya dengan lafaz yang mulia merasmikan laman  Web  Bahasa Melayu Satu  Dedikasi  SMK(A) DG  2005   http://satudedsmkadg.tripod.com/ 

Sekian, Salam hormat daripada saya.

ZAKIAH BINTI SALLEH
Pengetua SMK(A) Durian Guling
15.9. 2005 

 


Tarikh  Perasmian         :    15  September 2005 ( Khamis ) -  Oleh  Pengetua SMK(A) DG
Masa                                 :    11.30 tengah hari 
Tempat                             :     Makmal  Komputer  SMK(A) Durian Guling
Kehadiran                       :     Yang diPertua PIBG, Penolong Kanan , Penolong Kanan HEM,
                                                  PK Kokurikulum, Ketua-ketua Bidang, Penasihat Laman,
                                                  Guru Bahasa Melayu  Satu Dedikasi  Penyelaras  ICT , 
                                                  Guru Kelas Satu Dedikasi  dan  ahli-ahli kelas.

Balik ke Muka Depan             Penasihat Laman  :  Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman  
Layarilah Laman  Web  :       http://cgabdullah.cjb.net/             http://cgabdullah.tripod.com/