Make your own free website on Tripod.com
 

Kandungan Laman    http://satudedsmkadg.tripod.com/ 

 
  Perasmian Laman Web Satu Dedikasi oleh Pengetua SMK(A)DG  

Sekapur Sirih Ketua Kelas  Seulas Pinang Guru  Bahasa Melayu  AHLI  KELAS  SATU DEDIKASI 

 

 

Puisi Tradisional  - Sajak - Cerpen - Drama - Prosa Tradisional Glosari - TatabahasaB.Melayu

  Semakan Online Portal Pendidikan Bank Soalan Laman Pelbagai  


Sumbangan oleh  :   SYAFIQAH SOLEHAH AHMAD 

MAKMAL ZNF

    Pertarungan antara Syarif dengan si penyelamat ternyata berat sebelah.Syarif lebih tinggi dan perkasa,cuma pergerakannya agak lambat.Walaupun begitu,segera serangan Si Pendekdapat
ditangkis dengan mudah.Tiba-tiba Si Pendek melompat timggi.Kakinya berputar-putar ligat di udara.Syarif kebingungan seketika.Akibatnya,satu tujahan yang padu hinggap di halkum.Syarif memegang tengkaknya.Kehadiran Si Pendek dilupakan.Si Pendek menyerbu lagi.Syarif terdorong
ke belakang,terhuyung-hayang.Peluang ini tidak dilepaskan oleh Zainuddin.Kaki Syarif dipaut dan Syarif hilang pertimbangan.

    Syarif jatuh betul-betul ke dalam linkaran data yang panjang.Panjang dan amat mengerikan sekali raungan Syarif.Zainuddin terpegun melihat lingkaran data yang meresap masuk ke dalam tubuh
Syarif yang tidak henti-henti menggulupur.
Tiba-tiba segalanya senyap dan tubuh Syarif menjadi. Lingkaran data masih terus meresap masuk.Tubuh Syarif yang kaku seolah-olah mencair,menjadi
satu tumpahan warna-warna.Zainuddin memalingkan muka.Tekaknya loya.

    “Jum,kita balik.”Satu tepukan mesra hinggap di bahu Zainuddin.Zainuddin tidak perlu menoleh.
Dia kenal benar suara Fauzi.

     (Dipetik daripada cerpen Makmal ZNF,Karya Shamsinor Zaman,Antologi Sehijau Warna Daun,Tingkatan 1,DBP)

 
1. Siapakah yang terkorban dalam petikan Makmal ZNF?
A. Zainuddin                    B. Syarif
C. Si Pendek                   D. Fauzi

2. Apakah tujuan Zainuddin memasuki alam maya?
A. Untuk menghapuskan Syarif
B. Untuk menjejaki Norhaiza yang hilang
C. Untuk menguji keberkesanan mekanisme ciptaannya
D. Untuk berseronok dengan program ciptaannya di alam maya

3. Berdasarkan petikan Makmal ZNF,siapakah Si Pendek?
A.  Norhaiza
B.  Fauzi
C.  Si Botak
D. Watak ciptaan Zainuddin

4. Watak dalam petikan yang tidak berperanan langsung ialah. ..…
A. Norhaiza                      C. Syarif
B. Zainuddin                    D. Fauzi

5. Berdasarkan cerpenMakmal ZNF,berapa lamakah Syarif mendendami Zainuddin?
A. Setahun                       C. Lapan tahun
B. Lima tahun                  D. Sepuluh tahun

6.Apakah tema cerpen Makmal ZNF,karya Shamsinor Zaman?
A. Masalah komputer dan ragam manusia                                        
B. Perjuangan menentang kejahatan yang berakhir dengan kejayaan
C, Pentingnya computer dalam dunia perdagangan
D. Kecanggihan alat teknologi maklumat yang dicipta oleh manusia      

 
Jawapan   1-B/   2-B/    3- D/     4-A/    5D/   6-D           
         

Balik ke Muka Depan
             Penasihat Laman  :  Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman  
Layarilah Laman  Web  :  http://cgabdullah.cjb.net/         http://cgabdullah.tripod.com/