Make your own free website on Tripod.com
 

Kandungan Laman    http://satudedsmkadg.tripod.com/ 

 
  Perasmian Laman Web Satu Dedikasi oleh Pengetua SMK(A)DG  

Sekapur Sirih Ketua Kelas  Seulas Pinang Guru  Bahasa Melayu  AHLI  KELAS  SATU DEDIKASI 

 

 

Puisi Tradisional  - Sajak - Cerpen - Drama - Prosa Tradisional Glosari - TatabahasaB.Melayu

  Semakan Online Portal Pendidikan Bank Soalan Laman Pelbagai  


Nama
: Nurul Fadila Binti Abu Bakar

Antologi : Sehijau Warna Daun
Genre
: Drama
Tajuk
: Bila Retak Kota Melaka

KITUL                       :        Tuan hamba
RAJA MENDELIAR :         (Menghunus keris) Nah, masuk! Masuk lekas.
KITUL                       :        (Menjerit ketakutan) Nantinanti.Sabar sabar. Tuan  hamba mahu
                                          
bunuh hamba?
RAJA MENDELIAR :         Benar, sebelum kau membunuh dan merampas harta aku   malam ini,
                                           baik aku bunuh kau sekarang.

KITUL                       :        (Terperanjat) Tuan hamba, bukan saya yang mahu bunuh tuan hamba! 
                                           
Ada orang yang mahu bunuh tuan hamba.
RAJA MENDELIAR :        (Terkejut) Haa, apa kau kata Kitul?
KITUL                       :        Ada orang mahu bunuh tuan hamba.
RAJA MENDELIAR   :        Betul-betul kau ni, Kitul?
KITUL                       :        Ya, saya sendiri nampak! Saya sendiri dengar.
RAJA MENDELIAR   :       Apa yang kau nampak dan apa yang kau dengar?
KITUL                        :       (Beria-ia) Saya nampak Naina Sura Dewana pergi ke rumah Datuk
                                           Paduka Bendahara. Dia bagi emas dan suruh bunuh tuan hamba.
RAJA MENDELIAR   :       (Bercakap sendiri) Naina Sura Dewana menyuruh Datuk Paduka
                                           Bendahara membunuh aku? Apa tujuannya?
(Sejenak) Ha, aku tahu...!
                                           (Gelak ketawa
)
KITUL                        :       (Kehairanan) Tuan hamba ketawa. Orang mahu bunuh tuan hamba
                                            sampai mati, tuan hamba ketawa?

RAJA MENDELIAR   :        (Membaka buku hutang dan menyiat- nyiat sehalaman) Kitul, ha, ha, ha!
                         Kitul,nah surat hutang kau! Berapa? Sepuluh kati kau hutang emas
                        daripada aku ya? Nah kau boleh koyakkan sendiri!

 (ANTOLOGI SEHIJAU WARNA DAUN )

1. Apakah punca KItul menabur fitnah terhadap Bendahara
    Seri Maharaja?
   
A.   untuk membolehkannya mengahwini Tun Fatimah, iaitu anak Bendahara Seri Maharaja
    B.   untuk dinaikkan pangkatnya menjadi seorang pembesar  istana
    C    untuk dielakkan dirinya dianiaya oleh Bendahara Seri Maharaja
    D    untuk mmelangsaikan hutangnya yang banyak kepada  Raja Mendeliar

2. Siapakah yang digambarkan sebagai seorang yang tamak dan menggunakan hartanya untuk
    mempengaruhi orang lain?
   
A.        Raja Mendeliar
    B.        Bendahara Seri Maharaja
    C.        Kitul
    D.        Sultan Mahmud Shah
 

3. Siapakah kononnya mengupah Bendahara untuk membunuh Raja Mendeliar?
   
A.      Kitul
    B.      Bendahara Seri Mahraja
    C.      Naina Sura Dewana
    D.      Sultan Mahmud Shah

 4. Apakah yang diperoleh oleh Kitul sebagai menghargai jasanya memberikan maklumat kepada
     Raja Mendeliar
    
A.      hutangnya ditambah
     B.      hutangnya dilangsaikan
     C.      dia dinaikkan pangkat
     D.      dia memperolah hadiah
 

5. Fitnah yang ditaburkan oleh Kitul menyebabkan berlaku sesuatu tragedi. Apakah tragedi tersebut?
   
A.      perebutan kuasa di negeri Melaka
    B.      pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa
    C.      Melaka mudah dikalahkan oleh musuh
    D.      Berlaku pemberontakan di negeri Melaka

 JAWAPAN   1. D        2. A        3. C         4. B        5. B

 
Balik ke Muka Depan
             Penasihat Laman  :  Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman  
Layarilah Laman  Web  :       http://cgabdullah.cjb.net/             http://cgabdullah.tripod.com/