Make your own free website on Tripod.com
 

Kandungan Laman    http://satudedsmkadg.tripod.com/ 

 
  Perasmian Laman Web Satu Dedikasi oleh Pengetua SMK(A)DG  

Sekapur Sirih Ketua Kelas   Seulas Pinang Guru Bahasa Melayu  AHLI  KELAS  SATU DEDIKASI 

 

 

Puisi Tradisional  - Sajak - Cerpen - Drama - Prosa Tradisional Glosari - TatabahasaB.Melayu

  Semakan Online Portal Pendidikan Bank Soalan Laman Pelbagai  

Sekapur Sirih Ketua Kelas Satu Dedikasi 2005

    

Shaikh Mohd Aiman  bin  Seff Ahmad

Assalamualaiku
m  dan Salam Sejahtera  kepada semua  pengunjung laman ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman selaku  Penasihat Laman ini kerana memberi peluang kepada saya memperkatakan sepatah dua buat tatapan dan renungan semua. 
 
Pembikinan sesebuah  laman secara siber memang menjadi  idaman kepada semua orang, maklumkan dengan adanya laman seperti ini , pelbagai lapisan masyarakat dapat mengetahui latar belakang dan perkembangan kita.  Saya sebagai ketua kelas ini berasa amat bangga kerana kelas ini berjaya menghasilkan sebuah laman webnya sendiri dan saya kira laman ini merupakan laman  berbentuk pendidikan yang pertama di sekolah ini yang  dihasilkan oleh  ahli-ahli  dalam  sebuah kelas. 

Dalam menjayakan laman ini, kami  bersama-sama menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kami semua berasa bangga kerana dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman siber dengan rakan-rakan kami di seluruh dunia. Laman ini  menyediakan bahan KOMSAS - Antologi Sehijau Warna Daun  yang sesuai dipelajari oleh pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Kami akan berusaha menyambung laman ini dengan pemaparan  bahan  dari Novel Limpahan Darah di Sungai Semur pada masa yang akan datang.

Akhir sekali  saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman dan Guru Kelas kami  Pn. Khatiha Asmida binti Ab. Hakim kerana jasa dan sumbangan terhadap kelas kami selama ini. Selamat Meneroka laman ini . Semoga anda mendapat manfaat daripadanya..

Salam Hormat daripada


Shaikh Mohd Aiman  bin  Seff Ahmad
Ketua Kelas Satu Dedikasi  SMK(A) Durian Guling 2005
syaikhsmkadg@yahoo.com/ 
 


Balik ke Muka Depan
             Penasihat Laman  :  Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman  
Layarilah Laman  Web  :       http://cgabdullah.cjb.net/             http://cgabdullah.tripod.com/