Make your own free website on Tripod.com
 

Kandungan Laman    http://satudedsmkadg.tripod.com/ 

 
  Perasmian Laman Web Satu Dedikasi oleh Pengetua SMK(A)DG  

Sekapur Sirih Ketua Kelas    Seulas Pinang Bahasa Melayu    AHLI  KELAS  SATU DEDIKASI 

 

 

Puisi Tradisional  - Sajak - Cerpen - Drama - Prosa Tradisional Glosari - TatabahasaB.Melayu

  Semakan Online Portal Pendidikan Bank Soalan Laman Pelbagai  


      
Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman
Seulas Pinang Guru Penasihat Bahasa Melayu


         Bidang  IT  merupakan  satu bidang yang  amat  mencabar  dan  perlu dikuasai  oleh  semua  lapisan  masyarakat.  Perkembangan IT  yang  begitu  pesat  masa  kini amat penting  untuk  pembelajaran  
dan  pengajaran  khasnya  kepada para  pelajar  generasi Wawasan ini.

          Pada tahun ini ( 2005 ) saya telah ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu Tingkatan Satu Dedikasi 
dan saya rasa terpanggil untuk mengajak dan membimbing  para pelajar  Tingkatan Satu Dedikasi untuk membangunkan satu laman berbentuk  pendidikan iaitu laman Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Buat
permulaan saya dan para pelajar  tingkatan Satu Dedikasi akan  memaparkan laman  KOMSAS Sehijau Warna Daun dan akan  disusuli pula dengan  Novel Limpahan Darah di Sungai Semur.

 
           Disamping  memaparkan  informasi  pendidikan  yang berupa soalan-soalan dan nota daripada enam genre ( Novel dan Antologi ) Tingkatan Satu , laman  ini  juga  dipaut  secara  bestari dengan menggabungkan pelbagai  disiplin  ilmu  yang  sangat  menarik  dan  berguna  untuk  diterokai  oleh  semua  lapisan  masyarakat  lebih- lebih  lagi  golongan  pelajar.  Saya  amat  berbesar  hati  sekiranya  tuan / puan  sudi  berkunjung dan  menerokai paparan  laman  kelas ini  dan  kami  akan  sentiasa  memperbaharui  maklumat  laman  dari  semasa  ke  semasa.

        Dalam  ruangan  ini,  saya  mengambil  kesempatan  untuk   mengucapkan  jutaan  terima  kasih  dan  setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  Pengetua  SMK(A)  Durian  Guling,  Pn. Hjh. Zakiah binti Salleh 
yang  telah  memberi  sokongan  dalam  membangunkan  laman  ini  dan kepada semua ahli Kelas Satu Dedikasi teruskan usaha-usaha murni ini kerana perjuangan kita belum selesai.

        Akhir  sekali  saya  berharap agar  semua  pihak  terus  berganding  bahu dalam  memastikan  Laman kelasi ini  sentiasa diperbaharui ,  lebih  bertenaga dan sentiasa segar  sepanjang  masa.  

SELAMAT MAJU JAYA

Sekian, Wassalam
Abdullah  bin  Abdul  Rahman
Guru  Bahasa Melayu Tingkatan Satu Dedikasi 2005
Penasihat Laman Satu Dedikasi  SMK(A)Durian Guling.


Balik ke Muka Depan
             Penasihat Laman  :  Cikgu Abdullah bin Abdul Rahman  
Layarilah Laman  Web  :       http://cgabdullah.cjb.net/             http://cgabdullah.tripod.com/